PANDUAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN ASPA
1) Di kotak url pelayar(cth: Firefox,Google Chrome), masukan alamat: aduan.amanahsahampahang.com.my dan buat carian. Jika anda menggunakan telefon bimbit di URL taip : aduant.amanahsahampahang.com
untuk mendapatkan versi 'handphone'.
Imej 1: Pelayar Firefox


2) Seterusnya anda akan menemui skrin login seperti dibawah.
Nama pengguna dan katalaluan adalah sama seperti sistem cuti atas talian Aspa, Untuk katalaluan gunakan No Kad Pengenalan. Anda boleh mengubahnya kemudian jika mahu.
Selepas memasukan nama pengguna dan katalaluan klik butang <Hantar>.
Imej 2: Borang Login

Seterusnya anda akan menemui skrin seperti bawah.
3) Menu Aduan
Seperti yang anda boleh lihat dalam imej dibawah, bar biru mengandungi teks "BORANG ADUAN (KLIK)". Untuk mengeluarkan borang, sila klik atau atau tekan bar tersebut.
Imej3: Menu Aduan Kakitangan

Borang aduan akan dipaparkan dalam bingkai seperti di bawah.
4) Borang Aduan
Imej 4: Borang Aduan
Sila isikan semua maklumat ke dalam ruang input yang disediakan.
Semua ruang input bertanda * bermakna semua kotak input kena diisi.

Akhir sekali, terdapat butang <Hantar> di bahagian bawah skrin. Klik butang tersebut untuk langkah seterusnya.
5. Sertakan lampiran
Imej5: Butang lampiran
Sekiranya anda mempunyai fail lampiran seperti gambar atau video untuk disertakan , sila tekan butang 'Browse'. Hanya 2 fail lampiran
sahaja di benarkan.
6) Naikkan fail ke borang aduan dengan menekan butang <Choose File> seperti dalam gambar di bawah.
Imej 6: Butang <Choose File>

Seterusnya klik butang <Terus> untuk membuat aduan atau klik butang <Batal> untuk ke belakang.
7) Selepas anda menekan butang <Terus> , mesej seperti di bawah dipaparkan.
Imej 7: Mesej Aduan

Catatkan Nombor Pengaduan anda sebagai ingatan. Proses Penghantaran Aduan anda selesai.♦